Monday 28 November 2011

Selamat Pagi Cikgu

                                      

Ucapan yang biasa diucapkan oleh murid ketika berhadapan dengan guru. Ucapan Selamat pagi juga menunjukkan murid sudah mempunyai pengetahuan sedia ada untuk mempelajari tajuk 'Masa dan Waktu'.

Thursday 22 September 2011

Program LINUS khususnya numerasi

Apa itu LINUS?

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

National Key Result Areas (NKRA’s) Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyasarkan bahawa semua murid berkeupayaan untuk menguasai literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan di sekolah rendah.

Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari bahawa masih ada murid sekolah rendah yang belum menguasai literasi dan numerasi. Ketidakupayaan murid untuk menguasai literasi dan numerasi mungkin disebabkan mereka kurang peluang dan tiada pendedahan untuk menguasai kemahiran tersebut sebelum mengikuti pendidikan formal. Oleh sebab itu, Kementerian Pelajaran Malaysia merancang untuk mengatasi masalah tersebut melalui program Literasi dan Numerasi (Program LINUS). 


Dalam melaksanakan program ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menghasilkan modul pengajaran dan pembelajaran berasaskan beberapa konsep untuk membolehkan murid menguasai literasi dan numerasi. Konsep yang diambil kira ialah pendekatan literasi dan numerasi secara masteri, ansur maju, didik hibur dan penggabungjalinan.


Definisi Operasi NUMERASI..
Kali ini kita lihat apakah maksud NUMERASI?
"operasi asas matematik digubal khusus bagi menangani masalah yang dihadapi murid dalam menguasai kemahiran asas mengira serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian."

 
Matlamat  NUMERASI.. 
Mari kita lihat pula apakah "Matlamat  NUMERASI " .. 
Memastikan semua murid  yang mengikuti program LINUS berkeupayaaan untuk menguasai numerasi kecuali  murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti program LINUS.







Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Numerasi..


Definisi Numerasi :
Kebolehan untuk melakukan operasi asas matematik serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan seharian.


12 Konstruk Numerasi


Konstruk 1
Keupayaan pranombor dan mengenal angka
Konstruk 2
Keupayaan membilang
Konstruk 3
Keupayaan memahami nilai nombor
Konstruk 4
Keupayaan membuat seriasi
Konstruk 5
Keupayaan mengenal mata wang Malaysia
Konstruk 6
Keupayaan menyatakan waktu
Konstruk 7
Keupayaan mengendalikan operasi asas
Konstruk 8


Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan 
mata wang Malaysia
Konstruk 9


Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan 
isipadu
Konstruk 10


Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat 
matematik dan sebaliknya
Konstruk 11






Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran 


dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat
Konstruk 12




Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran  


dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa  


dan ukuran panjang
 



KONSTRUK 1

Kebolehan mengenal angka secara lisan dan penulisan
Penerangan
Mengenal angka ialah pengetahuan asas kebolehan numerasi.
Untuk murid mengenal angka, dua kaedah digunakan iaitu secara lisan dan penulisan, dalam bentuk rawak.
Murid ditunjukkan kad angka dan diminta menyebut angka-angka yang berkenaan.
Mulakan dengan angka yang sebutannya suku kata terbuka seperti 1, 3, 5 diikuti dengan suku kata tertutup seperti 4, 6, 7, 8, 9, 0 dan akhirnya angka suku kata diftong seperti 2. 
Murid juga perlu menunjukkan kebolehan mengenal angka secara penulisan, secara rawak.
Guru menyebut angka dan murid-murid diminta menulis angka-angka yang berkenaan.

Item contoh

1.        Sebutkan angka berikut:
satu  

  

2.     Guru menyebut angka di bawah dan murid menuliskan angka itu 
        dalam petak yang disediakan.
                   
                    “Lapan”                  




KONSTRUK 2



 



KONSTRUK 3


KONSTRUK 4


KONSTRUK 5





KONSTRUK 6




KONSTRUK 7


KONSTRUK 8




KONSTRUK 9




KONSTRUK 10






KONSTRUK 11


Kebolehan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat :






KONSTRUK 12


Kebolehan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang

Penerangan
  • Kebolehan menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan mata wang
  • Kebolehan menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan masa
  • Kebolehan menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan ukuran