RPH

UNIT 8: MASA DAN WAKTU
(Merupakan konstruk 6 dalam pembelajaran LINUS)

HASIL PEMBELAJARAN

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

Murid berupaya:
1.       Menyatakan bahagian-bahagian dalam sehari dengan betul

           
1.Tunjukkan gambar aktiviti-aktiviti dalam sehari.

2.Minta murid memperihalkan tentang gambar    
   tersebut. Perkenalkan dan tulis perkataan ‘pagi’,  
 ‘tengah hari’, ‘petang’, ‘malam’ dan ‘tengah malam’.  
   Kemudian minta mereka menyebut dan mengeja  
   perkataan dengan betul.

3.Minta murid memperihalkan aktiviti dalam sehari
   mengikut pengetahuan dan pengalaman mereka.
   Bincang tentang persamaan dan perbezaannya.

   Contohnya:
 Saya memberus gigi dua kali sehari iaitu selepas bangun pagi dan sebelum tidur.

Saya tidak tidur pada waktu siang, tetapi saya tidur pada waktu malam.

Pada waktu siang saya dapat melihat matahari. Pada waktu malam saya melihat bulan.

Saya makan 3 kali sehari iaitu sarapan pagi, makan tengah hari dan makan malam.

Ada orang suka pergi ke taman pada waktu pagi. Saya suka pergi ke taman pada waktu petang.

Saya tidak boleh menonton televisyen sehingga larut malam. Saya akan mengantuk di dalam kelas.

4.Minta murid menyusun gambar tersebut mengikut
   turutan bahagian dalam sehari yang betul.

5.Edarkan Lembaran Kerja.

Ringkasan aktiviti :

Nota:   Sekiranya perlu, bahagikan pengajaran ini kepada beberapa sesi pengajaran, contohnya:
·      ‘waktu siang’ dan ‘waktu malam’
·      ‘pagi’, ‘petang’ dan ‘malam’
·      ‘tengah hari’ dan ‘tengah malam’

            Kemudian susun bahagian-bahagian dalam sehari tersebut dalam turutan yang betul.



RANCANGAN PELAJARAN HARIAN


Mata Pelajaran          : Matematik
Tingkatan                  : 1 Jauhari
Bilangan Pelajar        : 35 orang
Tarikh                        : 05 Oktober 2011
Masa                           : 7.40 – 8.10 pagi (30 minit)
Tajuk                          : Masa dan Waktu
Standard Kandungan: 5.2 Menyebut dan menulis waktu
Hasil Pembelajaran   : Pada akhir pembelajaran, pelajar dapat;
                                      i)   menyatakan waktu dalam sehari
                                     ii)   menyatakan dalam urutan peristiwa dalam sehari(pada hari  
                                          persekolahan sahaja)
                                    iii)  menyebut dan menulis waktu dalam jam  dengan menggunakan  
                                         jam analog
EMK                          : Kreatif Dan Inovasi
Bahan,Peralatan dan bahan sumber:
(a)    carta
(b)   kad perkataan
(c)    gambar  jam
(d)   Jam sebenar
(e)    Sampul surat
(f)    Buku aktiviti/latihan
Langkah berjaga-jaga : Guru memastikan bahan-bahan yang digunakan  
                                        mencukupi dan keselamatan murid semasa melakukan aktiviti

Nilai                         : bekerjasama, patuh pada arahan, memberi perhatian, menghargai   
                                   Masa dan kesungguhan
KBKK                     : menjana idea, mengenalpasti, memahami dan  membuat   
                                     kesimpulan
                                  
Pengetahuan sedia ada : murid-murid sudah mengetahui tentang waktu dalam sehari dan
                                         pernah melihat jam dalam kehidupan seharian.

Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran :
                                    i)  set induksi
                                    ii)  aktiviti 
                                    iii) penutup : kesimpulan dan rumusan isi kandungan pelajaran


Pelaksanaan P&P :
Fasa
Isi Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran
Nota
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
Permulaan/
Mencungkil idea
(5 min)
Waktu dalam
sehari
1. Guru memberi salam dan bertanya khabar kepada murid.

2. Guru meminta murid menyanyikan lagu “bangun pagi’.

3. Guru menunjukkan carta bergambar dan bersoaljawab dengan murid.

4. Guru meminta murid menyebut waktu pagi, tengah hari, petang dan malam dalam kumpulan.
1. Murid menjawab salam dan menjawab pertanyaan guru.

2. Murid menyanyikan lagu dengan bersungguh- sungguh.

3. Murid  memberi perhatian terhadap apa yang dilihat dan menjawab soalan guru.

4. Murid  menyebut waktu-waktu tersebut dengan betul dalam kumpulan masing-masing.

Strategi : Pemusatan guru  dan pelajar.
Kaedah : Penerangan dan penyoalan.
ABM    :
 Lagu dan carta bergambar
 Nilai    : Kesungguhan, Ketelitian, bekerjasama
KBKK  :  Menjana idea
Menstruktur/ Menstruktur semula
(12 min)
Mengenal jam
-Jarum panjang  -Jarum pendek
Menyebut dan menulis waktu dalam jam

1.Guru menunjuk gambar dan contoh jam.
2.Guru menyoal  tentang fungsi  jam dan apa yang terdapat pada muka jam.
3. Guru menerangkan cara membaca jam yang  betul dan menyoal murid

4.Guru menunjuk carta bergambar dan bersoal jawab tentang gambar.

5.Guru menyoal murid tentang waktu dan meminta murid menulis waktu yang ditunjukkan.

6. Guru meminta beberapa orang murid memilih sampul yang mengandungi jawapan untuk dilekatkan pada gambar.

1.Murid memberi sepenuh tumpuan.
2. Murid menyatakan fungsi dan menyebut nombor pada muka jam
3. Murid mendengar dan menyatakan waktu yang ditunjukkan pada muka jam
4. Murid melihat carta dan menjawab soalan guru.

5.Murid menyebut  dan menulis waktu yang ditunjukkan dalam muka jam tersebut.

6.Murid menyebut dan melekat jawapan pada gambar yang sesuai dengan waktu yang ditunjukkan.
Strategi: Berpusatkan guru, pelajar dan bahan
Kaedah: Penerangan dan penyoalan
ABM: jam sebenar, muka jam, sampul surat dan kad perkataan

Nilai:
Penglibatan aktif
Menghargai masa
KBKK  : Mengenal pasti.

Aplikasi Idea
(10 min)
Melengkap nombor pada muka jam dan menulis waktu dalam jam
1. Guru menerangkan latihan di dalam buku aktiviti.

2. Guru meminta murid melengkapkan jawapan dan menulis waktu jam yang ditunjukkan.

1.Murid mendengar arahan dan penerangan guru.

2. Murid melengkapkan latihan dan menulis waktu dalam jam.
Strategi:
Perbincangan

ABM: buku
     aktiviti murid

KBKK: Kefahaman dan penjanaan idea
Refleksi/
Penutup
(3 min)
Mengimbas semula pelajaran dan membuat rumusan
1. Guru menerangkan semula pelajaran .

2.Guru menguji kembali dengan menyoal beberapa orang murid waktu yang ditunjukkan.

3. Guru membuat rumusan pelajaran dan bertanyakan pendapat murid tentang pelajaran.
.
1.Murid mendengar apa yang disampaikan oleh guru.
2.Murid menjawab soalan yang dikemukakan dan menulis waktu.

3.Murid mendengar rumusan yang dibuat oleh guru dan memberi maklum balas.
Strategi:
Penyoalan keseluruhan kelas
Kaedah: Penerangan dan penyoalan
ABM: muka jam

Nilai:
Membuat kesimpulan
KBKK  : Mengenal pasti.