Apa itu LINUS?
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,
National Key Result Areas (NKRA’s) Kementerian Pelajaran Malaysia telah menyasarkan bahawa semua murid berkeupayaan untuk menguasai literasi dan numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti pendidikan di sekolah rendah.
Kementerian Pelajaran Malaysia menyedari bahawa masih ada murid sekolah rendah yang belum menguasai literasi dan numerasi. Ketidakupayaan murid untuk menguasai literasi dan numerasi mungkin disebabkan mereka kurang peluang dan tiada pendedahan untuk menguasai kemahiran tersebut sebelum mengikuti pendidikan formal. Oleh sebab itu, Kementerian Pelajaran Malaysia merancang untuk mengatasi masalah tersebut melalui program Literasi dan Numerasi (Program LINUS).
Dalam melaksanakan program ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menghasilkan modul pengajaran dan pembelajaran berasaskan beberapa konsep untuk membolehkan murid menguasai literasi dan numerasi. Konsep yang diambil kira ialah pendekatan literasi dan numerasi secara masteri, ansur maju, didik hibur dan penggabungjalinan.
Definisi Operasi NUMERASI..
"operasi asas matematik digubal khusus bagi menangani masalah yang dihadapi murid dalam menguasai kemahiran asas mengira serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan harian."
Matlamat NUMERASI..
Mari kita lihat pula apakah "Matlamat NUMERASI " .. Memastikan semua murid yang mengikuti program LINUS berkeupayaaan untuk menguasai numerasi kecuali murid berkeperluan khas selepas tiga tahun mengikuti program LINUS.
Panduan Pengajaran dan Pembelajaran Numerasi..
Definisi Numerasi :
Kebolehan untuk melakukan operasi asas matematik serta memahami idea matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik dalam kehidupan seharian.
12 Konstruk Numerasi
Konstruk 1 | Keupayaan pranombor dan mengenal angka |
Konstruk 2 | Keupayaan membilang |
Konstruk 3 | Keupayaan memahami nilai nombor |
Konstruk 4 | Keupayaan membuat seriasi |
Konstruk 5 | Keupayaan mengenal mata wang Malaysia |
Konstruk 6 | Keupayaan menyatakan waktu |
Konstruk 7 | Keupayaan mengendalikan operasi asas |
Konstruk 8 | Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia |
Konstruk 9 | Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu |
Konstruk 10 | Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya |
Konstruk 11 | Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat |
Konstruk 12 | Keupayaan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang |
KONSTRUK 1
Kebolehan mengenal angka secara lisan dan penulisan Penerangan Mengenal angka ialah pengetahuan asas kebolehan numerasi. Untuk murid mengenal angka, dua kaedah digunakan iaitu secara lisan dan penulisan, dalam bentuk rawak. Murid ditunjukkan kad angka dan diminta menyebut angka-angka yang berkenaan. Mulakan dengan angka yang sebutannya suku kata terbuka seperti 1, 3, 5 diikuti dengan suku kata tertutup seperti 4, 6, 7, 8, 9, 0 dan akhirnya angka suku kata diftong seperti 2. Murid juga perlu menunjukkan kebolehan mengenal angka secara penulisan, secara rawak. Guru menyebut angka dan murid-murid diminta menulis angka-angka yang berkenaan. Item contoh 1. Sebutkan angka berikut:
2. Guru menyebut angka di bawah dan murid menuliskan angka itu dalam petak yang disediakan. “Lapan” |
KONSTRUK 2
KONSTRUK 5
KONSTRUK 6
KONSTRUK 7
KONSTRUK 8
KONSTRUK 9
KONSTRUK 10
KONSTRUK 11
Kebolehan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat :
KONSTRUK 12
Kebolehan mengaplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang
Penerangan
- Kebolehan menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan mata wang
- Kebolehan menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan masa
- Kebolehan menyelesaikan masalah lazim yang melibatkan ukuran
1 comments:
assalamualaikumm... sangat membantu saya
Post a Comment